FROG VLE

PENGENALAN FROG VLE

Pertama kalinya, Internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Environment (VLE) akan disediakan di semua sekolah seluruh Malaysia.

Pertama kalinya, setiap murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia.

Setiap murid berpeluang mendapat pendidikan cemerlang. Alaminya sekarang.

Transformasi Pendidikan

 

Setiap murid perlu mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan teknologi yang mencorak dunia masa kini, berfokus kepada kaedah pendidikan berasaskan Internet di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Kaedah Pendidikan Bersepadu

 

Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL Communications menyediakan Internet 4G tanpa wayar berkelajuan tinggi berserta Frog Virtual Learning Environment yang efektif ke semua sekolah di seluruh Malaysia.

10,000 Sekolah Di Seluruh Malaysia

 

Kaedah bersepadu ini akan diaplikasikan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Nantikan kehadirannya di sekolah anda tidak lama lagi! Ketahui bila kami akan tiba ke sekolah anda.

Melengkapi Generasi Masa Depan

 

Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengembangkan modal insan serta meningkatkan penggunaan Internet dikalangan masyarakat, 1BestariNet memperluaskan teknologi untuk meningkatkan tahap pendidikan dan melengkapkan murid dengan kemahiran sewajarnya bagi menghadapi dunia masa kini.

SOALAN LAZIM
Apakah VLE? Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibubapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemaskini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.
Mengapa sekolah saya belum ada akses Internet 4G ini? Jangan khuatir jika sekolah lain sudah dilengkapi kemudahan ini dan tidak di sekolah anda. Ini kerana, kemudahan ini dibangunkan secara berperingkat mulai Disember 2011 dan semua sekolah rendah serta menengah kerajaan dijangka menerima akses Internet dan VLE pada pertengahan tahun 2013.
Bilakah VLE dijadualkan tiba di sekolah saya? VLE yang telah dilancarkan pada Mac 2012 akan terus dilakukan secara berperingkat. sekolah anda akan diberi akses VLE selepas latihan dijalankan.
Mengapa saya mempunyai akses Internet 4G, namun tanpa VLE? Buat sementara, sekolah anda mungkin mempunyai akses Internet tanpa akses VLE. Pengerahan VLE sudah bermula pada Mac 2012 dan sedang dilaku secara berperingkat. Sekolah anda hanya diberi akses VLE selepas latihan VLE dijalankan.
Saya terlupa alamat VLE sekolah saya. Lakukan carian pantas untuk mengetahui alamat VLE sekolah anda di sini. (AKAN DATANG – Khas untuk sekolah yang telah dilengkapi VLE.)
Saya mengalami masalah sambungan Internet atau akses VLE?
Untuk bantuan teknikal dan penyelesaian masalah, sila hubungi pentadbir IT sekolah anda. Jika anda pentadbir IT, kami sediakan Self-Care Portal (perlu log-masuk pentadbir) yang boleh diakses untuk bantuan teknikal. Atau e-mel ke Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya atau hubungi Talian Bantuan MOE @ 018-7998787.

Find us on Facebook
Follow Us
SKSB@Youtube
RSS Feed