Semak Markah Murid

Semua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Perak
Semua Pengetua/Guru Besar Negeri Perak
Semua Ibu/Bapa/Penjaga
Sukacita dimaklumkan, keputusan Penilaian/Ujian Bulan Mac 2012 bagi murid (Sekolah Rendah: Tahun 3 hingga Tahun 6, Sekolah Menengah : Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5) boleh dicapai dan dicetak melalui Portal SAPS iaitu;
Adalah dimaklumkan, ibu/bapa/penjaga boleh menyemak keputusan Penilaian/Ujian Mac 2012 untuk anak/tanggungan yang bersekolah di mana-mana sekolah kerajaan seluruh Malaysia. Sila klik menu Semakan IbuBapa. Carian keputusan hendaklah menggunakan Nombor MyKid/MyKad atau Sijil Lahir.
Sehubungan itu, bagi kes sekolah-sekolah yang masih dalam proses pengisian markah, JPN Perak berharap ianya dapat diselesaikan sebelum 30 Mac 2012. Ini disebabkan Ibu/Bapa/Penjaga boleh mengetahui Status Pengisian Markah semua sekolah seluruh Malaysia. Sila rujuk menu STATUS SEMAKAN MARKAH sekolah masing-masing.
Adalah diharapkan juga semua Pegawai Meja SAPS PPD dapat memantau proses kemasukan markah semua sekolah dalam daerahnya dari semasa ke semasa. Sila sebarluaskan hebahan ini dalam portal PPD masing-masing.
Sekian. Terima kasih.
Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak
Sumber : http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/news/article.php?storyid=990
...........................................................................................................................................................................................
Bagi ibu bapa/penjaga murid SK Sungai Bogak boleh semak pencapaian murid di melalui laman ini.
Lihat pada menu Capaian Pantas > Klik Ibu Bapa > SAPS dan masukkan no MyKid/MyKad atau Sijil Lahir.
Add comment
Ulasan berbentuk promosi pautan web/blog akan dipertimbangkan untuk siaran.
Pentadbir laman berhak memadam mana-mana ulasan yang difikirkan tidak sesuai dipaparkan.
Terima kasih atas kerjasama anda.
Comments
Jika ada masalah boleh hubungi admin portal sekolah melalui emel atau berhubung dengan guru kelas berkenaan.
sksungaibogak.edu.my/index.php?option=com_aicontactsafe&view=message&layout=message&pf=1
Untuk makluman, sistem SPPBS tidak menyediakan semakan online untuk ibu bapa. Kemasukan band untuk anak tuan-puan baru selesai pada 30 Nov yang lalu atas sebab teknikal laman SPPBS. Tuan/puan boleh dapatkan keputusan anak tuan/puan melalui guru kelas. Maklumat lanjut akan saya maklumkan kemudian. Terima kasih.
RSS feed for comments to this post