SOAL SELIDIK KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN PBS
Semua Guru Tahun 1, 2 dan 3 serta Guru Tingkatan 1
Melalui:
Guru Besar/ Pengetua Sekolah-sekolah Daerah Kerian
Tuan/Puan,
SOAL SELIDIK KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN PBS
Dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia sedang mengadakan soal selidik tentang PBS. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat kesediaan guru melaksanakan PBS. Dapatan soal selidik ini dapat membantu pihak KPM merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan PBS.
Semua guru yang mengajar Tahun 1, 2 dan 3 serta Tingkatan 1 WAJIB menjawab SEMUA item yang terkandung dalam soal selidik tersebut dengan jujur dan ikhlas.
Item soal selidik SEKOLAH RENDAH boleh diakses melalui pautan ini:
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGprdGZYcFhTU3gzTUF5SmdIMWNIQ3c6MQ
Item soal selidik SEKOLAH MENENGAH boleh diakses melalui pautan ini:
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dDZhWVJzZGZHU3NpcnR3M0dSMUJaUXc6MQ
ATAU
boleh juga diakses melalu Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan di URL: http://www.moe.gov.my/lp/
Segala maklumat yang tuan/puan berikan adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan yang dinyatakan di atas.
Kerjasama tuan/puan melengkapkan soal selidik amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
_________________
Hashim Bin Mat Som
Penolong PPD PBS
Tel: 0195767247
E-mel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya

Sumber : http://ppdkerian.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3113#20080
Add comment
Ulasan berbentuk promosi pautan web/blog akan dipertimbangkan untuk siaran.
Pentadbir laman berhak memadam mana-mana ulasan yang difikirkan tidak sesuai dipaparkan.
Terima kasih atas kerjasama anda.
Comments
RSS feed for comments to this post