PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2013

SEMUA PENGETUA & GURU BESAR

SEKOLAH-SEKOLAH KPM NEGERI PERAK

 

TUAN,

 

PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN / NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH SESI JANUARI 2013, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan pertukaran guru Antara bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Sesi Januari 2013 melalui aplikasi e-GTukar akan di buka mulai 1 - 30 September 2012.

 

2.        Sehubungan itu, kerjasama tuan adalah dipohon untuk memastikan semua maklumat guru di sekolah disemak dan dikemaskini melalui laman web e-Operasi mulai 1 - 27 Ogos 2012.

 

3.        Kerjasama dan akauntabiliti Pengetua / Guru Besar sebagai "Pengesah" adalah perlu bagi mengesahkan setiap permohonan guru mulai 1 September hingga 2 Oktober 2012.

 

4.        Sila muat turun Surat Siaran dan Panduan di sini.

 

 

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

 

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menurut perintah,

 

..........................................................

ABD MAJID BIN YUSOF, PMP., AMN., AMP.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah

Jabatan Pelajaran Perak

Sumber : http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/news/article.php?storyid=1313

 

Add comment

Sila catatkan ulasan anda dengan BERHEMAH.Kata-kata yang berbentuk provokasi terhadap sensiviti sesuatu isu, individu & berbentuk perkauman adalah DILARANG.

Ulasan berbentuk promosi pautan web/blog akan dipertimbangkan untuk siaran.

Pentadbir laman berhak memadam mana-mana ulasan yang difikirkan tidak sesuai dipaparkan.

Terima kasih atas kerjasama anda.


Security code
Refresh

Find us on Facebook
Follow Us
SKSB@Youtube
RSS Feed